Ahad, 24 April 2016

Gotong Royong Membersihkan Bangunan PASTI Al Hidayah, Pangkal Changgong (19/3/2016)

cat dulu biar bagi cantik sikit,,

erm penat,,,luasnya bangunan nie

membersihkan kawasan depan bangunan PASTI



sape kata,,,hanya orang dewasa sahaja boleh buat kerja gotong royong
saya pun bolehlah,,,




Kerja cuci mencuci adalah kerja kami,,,hihi,,guru PASTI Al Hidayah

17hb Mac 2016, Menerima Kunjungan Dan Sumbangan Daripada Jabatan PASTI Kawasan Machang






Sabtu, 23 April 2016

Terkini kedudukan bangunan Pasti Al Hidayah (16.03.2016)


Lirik Lagu Anak Soleh - Aeman


Album : Permata Ayah Bonda
Penyanyi : Aeman

Kami anak-anakmu
 Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
 Ampunkan dosa-dosaku
 Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
 Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
 Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
 Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

 Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

 Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
 Dunia dan di akhirat

 Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
 Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim

Ya Rahmanu Ya Rahim 

SEKITAR MAJLIS JAMUAN MINUM TEH SAMBIL MENDERMA






PERMULAAN BLOG ; ASAL USUL BANGUNAN PASTI AL HIDAYAH, KG PANGKAL CHANGGONG 2016

Alhamdulillah, blog PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong Machang Kelantan dapat diwujubkan di dalam alam maya ini,,,semoga blog ini boleh memberi manfaat kepada semua pengunjung blog ini,,,

Serba ringkas perjalanan PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong ini adalah telah diwujubkan 2 3 tahun kebelakangan ini,,,namun pada tahun 2016 ini satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT apabila ramai ibubapa menghantar anak ke PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong.

Oleh sebab, bangunan asal terlalu kecil yang tidak mampu menampung kepadatan pelajar ini, maka ahli jawatankuasa PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong telah bersetuju untuk membesarkan bangunan ini sebagaimana pelan di bawah ini,,,kos untuk pembesaran bangunan ini adalah hasil sumbangan orang ramai...terima kasih kepada penderma sekalian.


Mohon sumbangan untuk pembangunan Pasti Al Hidayah...
Sumbangan boleh disalurkan melalui;

No. Akaun BIMB: PASTI Al-Hidayah 03045010031303

Sebarang persoalan boleh hubungi:
-Cikgu Rashid: 019-9647154 (Naib Pengerusi)
-Sdr. Mohd Khairul: 010-5417841
-Pn. Mainun: 019-9114267
-Pn. Nik Normasiha: 013-9930917






Maksud tersirat melalui LOGO



1) Logo PASTI berbentuk bulat bagi melambangkan Islam itu bersifat universal dan menyeluruh.

2) Latarbelakang bulat dan berwarna putih melambangkan nur hidayah Allah swt yang sentiasa terpancar bagi hambaNya yang berusaha mencari keredhaanNya.

3) Gambar orang melambangkan tenaga pengajar di PASTI dalam mendidik kanak-kanak lelaki dan perempuan berteraskan ilmu Islam dan fikrah Islamiyah.

 4) Al-Quran dan Hadis sebagi sumber rujukan pentarbiahan kanak-kanak PASTI demi membentuk satu generasi 'uswah hasanah'.

5) Warna: Putih melambangkan kesucian Islam itu sendiri dan fitrah anak-anak di alamnya yang suci, putih, bersih dan sedia dicernakan mengikut fitrah Islam itu sendiri. Hijau melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan tunas-tunas yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Begitulah juga dimaksudkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam usaha menghasilkan insan-insan yang bertaqwa, berdisplin serta mujahid-mujahid yang benar.